MASPEX'18 himpun lebih 1,000 hartanah

2018-09-28

INSTITUT Ejen Hartanah (MIEA)  akan menganjurkan edisi keempat dan terbesar pameran hartanahnya, Pameran Harta Primer dan Sekunder  (MASPEX’18).

Dengan lebih daripada 1,000 hartanah disenaraikan oleh 25 peserta pameran, pelawat yang arif tentu akan teruja dengan pelbagai pilihan merangkumi segala jenis hartanah dan kurungan harga.


Pameran ini dijadualkan berlangsung di Starling Mall, Damansara Utama, selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 September ini.

Presiden MIEA, Eric Lim berkata, MASPEX'18 adalah unik kerana ia adalah satu-satunya pameran hartanah di Malaysia yang akan mempamerkan pelbagai hartanah dari yang lengkap kepada yang masih di dalam proses pembinaan, dari pasaran sekunder dan pasaran utama.


"Pengunjung boleh ambil kesempatan dapatkan nasihat pasaran hartanah daripada ejen hartanah dan perunding yang akan turut hadir di pameran," katanya sambil memberitahu objektif penganjuran MASPEX'18 adalah untuk menangani cabaran dilalui pasaran hartanah Malaysia dengan berkongsi ilmu pengetahuan MIEA dan amalan terbaik untuk bantu rakyat mencari rumah impian atau pelaburan seterusnya.            

Ads