Semak penyewa dahulu [METROTV] | Malaysian Institute of Estate Agents

Semak penyewa dahulu [METROTV]

2020-08-24

EJEN hartanah dan pemilik premis diingatkan tidak bersekongkol menyewa bangunan mereka kepada sindiket perjudian di daerah Petaling Jaya dalam usaha membanteras kegiatan haram itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pemilik premis dinasihatkan menyemak terlebih dahulu sebelum membenarkan disewa bagi mengelak ia dijadikan tempat perjudian.

Menurutnya, pihaknya turut akan menjalankan siasatan ke atas ejen hartanah yang menjadi orang tengah menyewa premis itu kepada sindiket terbabit.

"Polis serius dalam isu ini (perjudian) dan tahun ini sahaja 97 premis yang dijadikan tempat perjudian sudah dihantar permohonan untuk memotong bekalan elektrik.

"Operasi pemotongan bekalan elektrik itu bermula hari ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara bersepadu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, hari ini, 15 premis yang sebelum ini dijadikan tempat perjudian dipotong bekalan elektrik.

ADVERTISEMENT