MIEA: perluas insentif HOC 2019 kepada pembeli hartanah sekunder | Malaysian Institute of Estate Agents

MIEA: perluas insentif HOC 2019 kepada pembeli hartanah sekunder

2019-03-04

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menimbangkan kepentingan pasaran hartanah kediaman sekunder dengan menyemak semula insentif yang ditawarkan pada Kempen Pemilikan Rumah Negara 2019, diperluaskan kepada pembeli rumah kali pertama untuk membeli daripada pasaran sekunder.

Merujuk kepada data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), katanya pasaran hartanah sekunder merupakan kira-kira 80 peratus semua transaksi hartanah kediaman di dalam negara, berbanding kira-kira 20 peratus hartanah baharu (pasaran utama).

"Terdapat lebih banyak jenis rumah pada harga mampu untuk pembeli rumah kali pertama dalam pasaran hartanah sekunder. Berdasarkan keadaan ini, kita patut membenarkan pengecualian duti setem untuk menampung pembelian rumah dalam pasaran sekunder bagi pembeli rumah kali pertama.

ADVERTISEMENT